Bangkok Tips


Ok uolls..

Yang ni sis nak share a few things pasai travel kat Bangkok..apa yang patut hampa tau..

1. Plug
Plug di Thailand ni tak sama dengan Malaysia. Depa pakai plug dua kaki yang lebih kecik dari yang kita guna. So kena make sure beli universal plug untuk cas handphone dan sebagainya.Jangan lupa bawak travel adaptor untuk plug. Depa pakai plug 2 kaki yang kecik. So better beli siap-siap.


2. Masa
Waktu Thailand adalah sejam lewat daripada Malaysia. Kalau naik flight / train atau check in/check out kat Bangkok, make sure adjust time ikut waktu local na.

3.Trafic
Pada mula kami bercadang nak commute menggunakan grab.. tapi memandangkan trafic yang sangat teruk jadi kami terpaksa menggunakan train. Lebih cepat dan mudah..



transport, bangkok BTS
Nah..ni lah map untuk BTS/ Train/Skytrain depa..nak pi mana pun senang..simpan elok2 ni


4.Mall

Bangkok ni punya lah banyak Mall.. jenuh nak masuk semua. Antara mall yg sis perasan ialah

1. Platinum Mall
2. Siam Centre + Siam Paragon +Siam Discovery
3. Central World
4. Big C
5. MBK
6. Paladium Mall 
7. Terminal 21

Dan banyakkk lagi

5.Market

Senang cerita memang banyak betoi market depa. Morning market, night market, weekend market..jadi pandai lah atoq masa untuk pi market-market ni.


6.Place to stay

Sis penah try stay kat Pratunam dan Silom. Both ada kelebihan dan kekurangan. Pratunam ni sesuai untuk kaki shopping, kira shop til u drop la senang cerita. dari pagi sampai ke malam sampai ke pagi esok boleh shopping. Market, shopping complex tertumpu di kawasan ni. Dan of cos la, kalau dah area shopping mesti la sesakkk dan jem.. itu yang tak best..tapi boleh naik BTS/skytrain/commuter nya..
Untuk yang suka view cantik.. boleh stay kat Baiyoke Sky Hotel.. view lawa dari atas hotel tu..

Silom pulak kurang sket serabutnya. boleh la jugak nampak public transport yang murah (bas). so boleh la bergerak guna bas. Actually, dekat Pratunam pun bas lalu je kalau nak ke Chatuchak Weekend Market. Tapi tah, rasa macam serabut sket di Pratunam tu..

Tapi ni pandangan sis je..kalau hampa ada different view, maybe preference hampa akan berbeza


7. Instagrammable place yang rare

Selain tempat-tempat yang popular yang biasa disebut-sebut..ada beberapa tempat yang rare dan cantik untuk hampa upload kat instagram.. antaranya


  • The airplane graveyard (lebih kurang tempat pelupusan kapal terbang..kawasan ni masuk free ja..tapi sejak dua menjak ada pulak yang minta duit untuk nak masuk kawasan ni) Address: Ramkhamhaeng Alley 103, Khwaeng Hua Mak, Khet Bang Kapi, Krung Thep Maha Nakhon 10240, Thailand
  • Sathorn Unique Tower (bangunan yang separuh siap yang kononnya dikatakan berhantu di tengah-tengah bandar Bangkok. Tapi best untuk tengok view Bangkok) Address:Charoen Krung Rd, Khwaeng Yan Nawa, Khet Sathon, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
  • Chinatown Bangkok (waktu malam.  Berwarna warni dan happening) Address: Yaowarat and Charoen Krung Road

Ni antara tempat yang kurang disebut la.. tapi rare dan view cantik.. untuk yang ada anak kecik macam sis kurang disarankan la .. kecuali Chinatown..try la pi..

Ok sis top up sket lagi..Additional tips untuk yang ada anak kecik

Expectation
Kalau travel with baby expect less.. jangan dok beria atuq itinerary nak cover itu ini.. tapi jenis baby yang boleh bawa bincang tak dak hal..anak sis masa kami lunch kat Kopi 7 dia boleh bantai lena kat situ..memandangkan sis travel tak bawak stroller, jadi terpaksa la kami lepak lama kat Kopi 7.. selesa tempatnya..

Stroller atau carrier?
Persoalan kedua, patut tak bawak stroller? Bagi sis, kalau hampa travel pakai agent atau travel menggunakan kereta, boleh je bawak stroller. Kami banyak commute dengan train(baca BTS/commuter) ..so nak bergerak dengan stroller bagi kami agak sukar rasanya..

Baby's food
Persoalan ketiga adalah makanan baby.. anak sis masa tu dalam usia setahun 3 bulan..jadi untuk persediaan makanan anak, sis bawa rice cooker mini yang amat sesuai untuk dibawa travel. Beli dah lama pada tahun 2016 melalui shopee/lazada dengan harga RM80 ke RM90 (lebih kurang). Dalam posting sis part 1 ada sis bagitau sis beli beras kat 7E. Sedap berasnya. Beras wangi dan rasanya berpulut.

Travel, Backpacker
Rice Cooker Travel..sangat membantu.. Ringan je


Beras Siam
Ni beras siam yang sis beli kat 7E..kecik comel..tapi sedapppp

Setel bab beras, hampa boleh la beli barang mentah..macam anak sis bab makan ni alhamdulillah ok.. sayuran dan buah-buahan anak sis makan je.. so tak dak hal tu.. sis beli sayuq untuk buat sup.. Boleh la dia makan dua tiga mulut. Perencah hampa bawak la siap-siap dari malaysia. Best bawak rice cooker ni bukan apa..selain tu, mak pak dia pun boleh tumpang sekaki makan. Shuben sis beli tomyam kat area hotel pratunam tu makan dengan nasik panas-panas..hmmm nikmat!

Setakat tu saja yang sis nak share..yang lain, hampa boleh google la cari had lain pulak..kalau ada yang terbaru nanti sis update part II ok.. k byeee.. happy travel uollss..

Comments

Viewers