Part II Bangkok Trip 25 April 2019
Ok bersambung..
Hari kedua bermula dengan breakfast di hotel.. Macam sis bagitau.. Ada makanan tak halal ye...tapi ada je makanan yang boleh dimakan..
Pratunam night market tutup lebih kurang dalam pukul 9 pagi waktu Siam.. Sis dapat la shopping serba sikit.. Di kawasan yang sama lepas night market tutup deretan kedai- kedai Pratunam akan dibuka.
Sis jenjalan sambil menghirup Mocha + Choc 7E.. sambil jalan jumpa beberapa stall makanan halal kat area situ.
Sebab kawasan situ tempat shopping, mana-mana hampa pi akan ada orang berniaga..jadi jalan pun tak rasa penat.. oh ya..masa kami pi ni time musim panas ya amat.. bayangkan dalam pukul 10 macam tu (waktu siam) bahangnya kian terasa.. Dah la shuben sis dok galaih anak sis dalam carrier.. maka amat lah berguna kalau hampa beli mini fan yang dijual kat area tu..nak habaq mai..tahan dan kuat jugak angin nya.. rege dalam 150TB.
Jalan punya jalan sampai kami ke Platinum Fashion Mall.. dekat je rasa.. masuk la untuk cari makanan halal dalam tu..sebab ada yang rekemen kata ada makanan halal dalam food court.. tak silap sis ada 2 yang sedia.. 1 juai nasi beryani ayam dan ada belah hujung jenis Indian Food.. sis tak berapa konpiden so sis cuma minum air dan makan ais krim kelapa ja.. kalau hampa lalu makan la..
Dalam Platinum Mall lagi la besaq segala macam jenis benda ada juai.. pakaian, cenderahati, dan sebagainya.. tapi.. nak bagitau hampa..kalau nak makan street food halal ada beberapa kedai juai kat luar bangunan Platinum Mall.. betui-betui depan entrance Platinum Mall tu..tapi sis tak sure la sama ada itu sekadar seasonal event atau memang sedia dok ada.. hampa pi kalau tak dak jangan marah sis pulak..
Street Food depan Platinum Mall |
So kami teruskan perjalanan ..memandangkan dah nak dekat waktu tengahari perut pun berkeroncong..tengok map dari Platinum Fashion Mall walking distance je ke restoren Farida Fatornee dan Kopi 7 cafe yang terletak di Ratchathewi.. konon tak sampai 1 KM pun.. tapi bila menapak..rasa nak tercabut kaki la jugak rasanya.. macam tak accurate pulak distance dalam google maps ni.. sesampai dengan peluh merambu, kedai farida fatornee dan kopi 7 sebelah menyebelah..memandangkan perut lapar dan malas nak tunggu makan lama-lama, kami ambik keputusan makan kat kopi 7. Order nasi putih 2 Tomyam seafood semangkuk dan ayam goreng kunyit, sotong celup tepung dan fries. Harga boleh tahan jugak la meriah dan makanan kategori OK lah not bad..
Kopi 7 |
Lama kami lepak kat Kopi 7 ni sebab jumpa couple rakyat malaysia kat situ..menyembang macam kedai kami yang punya.. lupa nak bagitau..pekerja Kopi 7 ni pandai cakap melayu.. tak dak hal hampa nak order makan.. setel makan dan melepaskan penat kami bergerak nak cari masjid.. dekat je dengan Kopi 7..selang dua lorong.. kalau hampa nak try street food kat lorong masjid tu ada juai makanan halal..
Sepetang kami hanya sekadar jalan-jalan tengok kawasan.. Dari Ratchathewi, kami naik skytrain ke Siam.. Kat Siam ada 3 mall sekali yang bersambung iaitu Siam Paragon, Siam Centre dan Siam Discovery.. Nak dekat malam cantik la jugak view nya sebab lampu-lampu kat fountain depan mall tu..
Sepetang kami hanya sekadar jalan-jalan tengok kawasan.. Dari Ratchathewi, kami naik skytrain ke Siam.. Kat Siam ada 3 mall sekali yang bersambung iaitu Siam Paragon, Siam Centre dan Siam Discovery.. Nak dekat malam cantik la jugak view nya sebab lampu-lampu kat fountain depan mall tu..
Untuk balik ke hotel dari Stesen Siam kami naik skytrain ke Phaya Thai dan seterusnya tukar train (Red Line) ke Ratchaprarop. Nanti sis akan attach gambar jaluran train seluruh Bangkok kat uolss.. stay tune na..
*****Sambung Part III
Terbaik puanππ»ππ»ππ»ππ»ππ»...
ReplyDeleteHati meronta2 ase nk g sana ....π€
Insya Allah.. akan sampai nanti..
Delete