Part III Bangkok Trip 26 April 2019
Part III Bangkok Trip 26 April 2019
Penat berjalan singgah sat kat Big C. Big C boleh la kot sis nak gambarkan lebih kurang macam Tesco. Dalam tu kalau nak beli stok nak bawak balik Malaysia boleh la borong kat sini. Ramai yang suka beli barang kat sini.. murah katanya. Sis dan (sempat) la buat purse dan coin purse untuk bagi souvenir kat bonda dan dinda sis. Ala yang boleh pilih-pilih logo dan kraf nama/ tulisan tu. Boleh juga dibuat atas passport cover, tab cover dan sebagainya la. Kalau hampa minat kopi, jangan lupa borong Arabus kat sini.. sedap wei.
Kami menapak sehingga sampai ke Stesen Ratchadamri..kami naik skytrain (green line) ni jaluran ke Bang Wa. Dari Ratchadamri kami turun di Surasak. Ok yang ni sis nak story...dah sampai stesen Surasak malas dah menapak ke hotel. Jadi shuben sis order grab car. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. Last-last tahan cab warna biru. Sebut nama hotel je driver tu macam malas je nak pi.. hadoii..dah la tengah membahang cuaca.. bahang lagi hati sis.. nak tak nak menapak jugak la.. jarak jauh la jugak dalam 1km lebih.. biasanya jarak tu tak dak la jauh mana..tapi sebab dengan cuaca panaih lit lit, rasa nak menyebai (marah) la jugak..tapi nasib baik la masa jalan nak ke hotel tu kami jumpa kedai makan muslim. Kedainya betoi2 sebelah The Lofts Silom.
Tara nak sampai hotel singgah beli penyejuk tekak, air teh ais 7E.
Hari ketiga ni adalah hari last kami dok kat Pratunam.. shuben sis cadang kami try stay kat Silom pulak.
Sebelum check out, kalau dah kat Siam ni rasanya tak lengkap kalau tak massage badan..lenguh menapak semalam pun dok terasa lagi. Sis malas nak pergi jejauh..(takut sama) so sis try spa kat bawah hotel sis. Katanya ada diskaun. So sis try. Rasa urat saraf sis ni kendur la balik.
Sebelum massage, of cos breakfast dulu.. makan apa yang patut..
Setelah check out, kami bergerak untuk menuju ke Si Lom. Nak bagitau, ada pedestrian walkway (jejantas pejalan kaki) yang menghubung mall2 yang besar. Jejantas tu boleh diakses melalui Platinum Fashion Mall dan Novotel Hotel. So kalau hampa nak pi Big C tanpa mengharungi trafik dan berjalan kaki boleh la guna jejantas ni. Dekat dan mudah. Antara mall yang boleh diakses menggunakan jejantas, contohnya seperti Central World, Big C, Gaysorn, Amarin Plaza. Untuk non muslim kalau nak ke Erawan Shrine pun boleh guna jejantas ni.
view dari jejantas |
Penat berjalan singgah sat kat Big C. Big C boleh la kot sis nak gambarkan lebih kurang macam Tesco. Dalam tu kalau nak beli stok nak bawak balik Malaysia boleh la borong kat sini. Ramai yang suka beli barang kat sini.. murah katanya. Sis dan (sempat) la buat purse dan coin purse untuk bagi souvenir kat bonda dan dinda sis. Ala yang boleh pilih-pilih logo dan kraf nama/ tulisan tu. Boleh juga dibuat atas passport cover, tab cover dan sebagainya la. Kalau hampa minat kopi, jangan lupa borong Arabus kat sini.. sedap wei.
Ada pelbagai flava, Mocha, Caramel, Espresso, Latte |
rege dalam THB50 saja |
Hampa google ja location tu..had sebelah tu..dia la tu..ok makanan dia sedap dan harga reasonable..sis tak dan tangkap gambaq sebab lapaq sangat..
Tara nak sampai hotel singgah beli penyejuk tekak, air teh ais 7E.
Hotel kami ambik kat Silom, hotel OYO 102 Diamond Residence Silom. Booking guna booking.com. rege dalam THB720.80.. boleh la..mur2 saja..
Dah check in, regangkan badan sedas dua..bagi anak lena sat, pastu baru kami keluaq.. dekat nak maghrib la jugak.. nak ke Asiatique.. ada banyak cara nak ke situ. Boleh naik skytrain, boleh naik bas dan boleh naik grab. Kami pilih naik grab. Grab kami naik ni merangkap teksi.. so dia akan on yang mana yang mahai kot.. nak ke Asiatique dalam THB115.. trafic agak perlahan tapi tak dak la jem teruk.
Sampai di Asiatique kami ronda ushar (tengok) port makan.. Ada food court untuk halal food. Memandangkan perut kenyang lagi jadi kami pusing Asiatique dulu..
Cadangan asal nak mai sini sebab nak naik river cruise.. tapi sebab terlepas bot jadi tak dapat la nak naik. Teringin jugak nak naik benda alah pusing2 tu..tapi rasa gayat la pulak. Jadi sis bawak anak sis naik merry go round je lah.. tempat ni lebih kepada fun park dan of cos untuk shopping souvenir.
Setelah selesai membeli jiwa maka kami bergerak untuk membeli makan.. tadi kan dah usha food court berdepan dengan Asiatique tu..sis dah plan siap2 nak makan apa.. perancangan bab makan memang sis terer.. tapi tetap perancangan Allah lagi power.. yang sis nak order, beef noodle dah habes.. bukan takat menu tu saja..dengan kedai2 bungkus dah.. maka terpaksa lah order menu lain.. sis try order makanan Chinese Food yang halal sebab katanya owner mualaf. Kedai yang first belah kiri. Boleh la..pedas bagi sis. Mungkin masih kecewa tak dapat makan beef noodle.
Selesai makan bersiap untuk bergerak pulang ke hotel. Sembang dengan budak siam keja gomen ni..boleh cakap melayu, dia kata naik je bas No 15 yang dia nak naik nanti. Nanti nak turun nanti dia bagitau kat mana nak turun. Agak mereput jugak la tunggu bas. Katanya selang 30 minit..tapi dah macam 3 jam menunggu.. tapi sebab order grab pun macam tuttttt.. maka hadap jugak la..hampa kalau kat Malaysia, hampa naik ka bas?
Lebih kurang 45 minit kemudian bas pun muncul.. kami pun naik dan sampai dengan jayanya di hotel. Oh ya kalau nak turun bas landmark dia Narai Hotel. Kena cross jalan lah nak balik ke hotel.
*****bersambung part IV 27 April 2019
Comments
Post a Comment