Bangkok Trip 24 April 2019- 28 April 2019

24 April 2019

Pi dengan Kapal Terbang Balik dengan train dengan baby kecik ooiiii..

Memandangkan ini post yang pertama sis nak tulis berkenaan travel. Dah lama teringin nak share pengalaman sebenarnya.. tapi baru diberikan kesempatan nak menulis. Ok sis tak nak cerita panjang.. back to our bisnes..
Trip ke bangkok
Promote AA uolls

Sis pi Bangkok baru ni dengan shuben sis dan mek kecik 1 tahun 3 bulan naik Air Asia. Tambang murah la katakan. Naik dari Penang Airport terus ke Bangkok- Don Mueng (DMK) . Tiket regenya dalam RM404.00 untuk 2 dewasa dan 1 baby.

Trip sis secara santai dan ala backpackers. Sebelum pi, sis dah siap tempah hotel untuk malam pertama dan kedua di Bangkok melalui Agoda. Of cos kena la buat homework skit sebelum nak terjah pi.. so sis susun itinerary dulu.

Ok di Bangkok banyak tempat kita boleh stay.. sis pilih duduk di kawasan Pratunam.. Hotel Getaway.. Sis duduk 2 malam dengan harga RM252.45. Sebab sis pilih di kawasan ni sebab nya easy access.. senang wei, train dan public transport banyak di kawasan ni.. kedua untuk kaki shopping wajib duduk kawasan ni.. turun hotel je tersedia kedai-kedai shopping yang dibuka..tokey2 kain baju ada je yang mai borong tang sini. sebab area Pratunam ni memang tempat borong pakaian. sabaq sat..satgi sis cerita na.. ok yang ketiga sebab ada kedai makanan halal di kawasan ni.. tapi mahal sket.. yang keempat nya adalah Pratunam ni walking distance ke mall-mall nya.. hang jalan kaki ja wei..xkalut nak harung jem yang teruk kt Bangkok tu..

ok.. Sis nak cerita pasai public transport dulu. mode of transport boleh naik bas, train, tuk-tuk , teksi atau grab. sesampainya sis di Don Mueng Airport, untuk ke Pratunam sis naik bas depan airport untuk ke Mo Chit..Naik je bas no berapa pun tapi make sure yang tulis ke Mo Chit. Sampai Mo Chit (hang turun la bas no) sis jalan ke Mo Chit BTS.. hampa jangan peghaq (tekejut) na sebab ramai yang jalan ke depan walaupun ada je tangga lepas hampa turun kt bus stand Mo Chit tu.. depa naik eskelator utk ke Mo Chit BTS. Dari Mo Chit sis pilih ke Phaya Thai.. Turun dari Phaya Thai tukaq train ke Ratchaprarop (Red Line).. Kalau hampa nak membakar lemak boleh je jalan dari Phaya Thai ke area Pratunam tu sbb satu je stop selepas Phaya Thai dan hampa tak perlu tukaq train dah.. tapi memandangkan sis travel dengan anak kecik dan sayang ke lemak dalam badan, maka sis ambik keputusan naik je train ke Ratchaprarop. Kalau first time sampai, sis sarankan hampa naik tuk tuk untuk ke hotel.. dekat je so tak la mahal sangat.

Sesampai sis untuk malam pertama di Pratunam telah disambut dengan deretan stall night market. Hotel sis duduk ni (Getaway Hotel) agak tersorok dalam lorong di kawasan Pratunam night market. So tu la sebab sis naik tuk tuk untuk ke hotel. Hotel bersih dan termasuk breakfast. (nota: breakfast tak halal sebab ada pork. Boleh je nak makan roti/buah-buah/telur separuh masak/jus oren).
Bajet hotel
Hotel dalam lorong


Untuk kaki shopping, dah check in apa lagi boleh la shopping di Pratunam night market kat bawah hotel hampa tu. Pratunam Night Market ni menawarkan barangan seperti pakaian kanak-kanak/wanita/lelaki, cenderahati, barangan kulit dan pelbagai lagi..jenuh nak tulis.. tapi pendek kata serbamaknika ada dijual di sini..TAPI dengan harga borong..bila harga borong wajib la kena beli banyak-banyak.. so better hampa pi ramai-ramai dengan member hampa..

Lagi satu, sesampainya di Bangkok sis WAJIB la singgah 7Eleven (7E) depa. Besttttt...esp Teh Ais/Mocha/Chocolate dia tu.. kewajipan lagi satu bila travel dengan anak kecik adalah makanan anak. So, di 7E ni sis beli beras peket kecik..so chomel.. berat dalam 500g kot xsilap.. habuan anak nak makan.. then air mineral dalam empat lima botoi dan makanan ringan..selalunya sis beli kacang-kacang je..

Ok..untuk makan malam, sis pi ke kedai Pakistan dekat area hotel sis. Nama kedai tu Maedah Restaurant. Makanan ala siam ada..ala pakistan/india pun ada.. so sis pilih nasi goreng dan juga roti Nan Tandoori set. bagi sis rasanya beshe-beshe je..tapi regenya bukan beshe-beshe..

******sambung ke part II 25 April 2019

Comments

  1. Terbaik laaa puan. Nanti blh rujuk puan kalau nak travel

    ReplyDelete
  2. iluminasi datang singgah sini. Nanti kami kongsikan lagi cara yang ada untuk tambah pembaca. Tapi jujur sejak 2019 ni, kebanyakan blogger mana-mana pun (termasuk iluminasi) susah nak dapatkan pembaca. Agak mencabar sikit. Pening kepala juga kami pun. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..tq..tq..cepatnya respon.. iluminasi terbaikk..

      Delete

Post a Comment

Viewers