Resepi Sup Ayam Mudah dan Sihat

Memandangkan hari ni cuti dan mereput kat rumah..so sis nak share resepi Sup Ayam yang ringkas, mudah dan sihat.. untuk sapa lagi..untuk si kecik tu la.. Sup ayam ni bagus sebagai immune booster untuk anak kecik.. kalau anak tak sihat atau demam..boleh la buat sup ni..

Kalau ada periuk Noxxa lagi senang.. kalau tak dak pun tak apa..boleh je buat.. tak dak hal.

Bahan- bahan
  • Ayam (campur isi, rangka,tulang dan sebagainya)
  • Ubi kentang 
  • Carrot 
  • Celery 
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Bawang putih 
  • 3 sudu besar Perencah Sup (sis guna perencah sup adabi)
  • 1 1/2 sudu besar Rempah Kurma adabi
  • Segenggam 4 sekawan ( kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • Garam dan gula
  • Daun sup/ Daun bawang/ Daun ketumbar untuk hiasan.
Cara masak
  • Rebus air dalam periuk (terpulang kepada kuantiti la ye)
  • Masukkan ayam
  • Masukkan ubi kentang+ carrot+celery
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih
  • Masukkan 4 sekawan
  • Masukkan rempah sup dan kurma
  • Apabila mendidih masukkan garam dan gula
  • Hiaskan dengan daun hiasan (sis guna daun ketumbar).
Siappp.. hampa tak payah la masuk satu-satu. Tauk (masuk) ja semua kecuali garam dan gula dan daun hiasan. 

Yang ni memang sis tak guna sebarang perasa. Cukup sekadar garam dan gula. Untuk daun hiasan rasa sedikit berbeza bila guna daun ketumbar. Bagi sis, rasanya lebih sedap berbanding guna daun bawang+sup. Terpulang kat hampa. Sis guna periuk noxxa guna HP (high pressure) 30 minit sahaja..kalau guna dapur biasa dalam 1 jam untuk make sure semua zat-zat dan nutrisi ayam tu keluar. Hampa akan nampak macam berminyak ja sup tu.. rempah sup dan kurma tu bergantung kepada kuantiti air..kalau nampak ceroi (cair) tambah lagi dengan sukatan 1 sup:1/2 kurma

Tak mau cakap banyak..sis tempek gambaq sekeping dua..



immune booster untuk baby
Sup Ayam ringkas, mudah dan sihat is doneee


Makanan tanpa minyak, makanan diet

selamat mencobaa..

Comments

Viewers